13 October, 2010

Kenapa Mesti Aku!!!

Ingat semua nyah suka dia jadi nyah? Ingat senang jadi Nyah?... Tak semua orang boleh terima golongan kami (nyah).. tak terima tak ape.. tapi bila perlu kami masih dicari (adil tak????) .. Berani saya katakan kat sini, saya upah seorang lelaki berjalan menggunakan pakaian pompuan(Sekadar BERLAKON seandainya ada sesiapa nk sahut cabaran) berada dikhalayak ramai, selama mana dia mampu bertahan dengan mata-mata masyarakat yang menjeling sinis (Terutama golongan wanita dan golongan alim ulama yg budget COMFIRM syurga dah kat tangan mereka), Mulut-mulut yang cuma mencebik (sah2 nyah lagi cantek kan??), Tak kurang hebat golongan usha apa patut ada pada nyah tu... Siapa Berani ambik cabaran nie???? Cukup lelaki kah kamu untuk sahut cabaran nie.. Tak mungkin ada sesiapa yang berani kan..? Mungkin agak sinis kalo saya katakan Golongan-Golongan bijak pandai agama nie.. rupa nya lagi KURANG BIJAK NYE dari saya seorang nyah nie... KALAU YANG INI KAMU BOLEH YAKINI DAN TERIMA

1 - Bangunan Pencakar Langit(KLCC, KL TOWER segala-gala nya lah yg tinggi tu--SIAP PEGI JADIKAN DAYA TARIKAN PELANCONG KAN)

2 - Anak-Anak Menderhaka terhadap orang tua

3 - Zina Bermaharajalela (Sah-sah perempuan byk buang bayi kan)----Hadis --- "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

4 - Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
5 - Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.-"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

6 - Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar ---Hadis---Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad (Contoh paling hot---kes liwat.. ***Ya Allah ya Tuhan Ku Lapangkanlah Dada keluarga yang teraniaya, sejahterakan lah meraka yang tak berdosa... ;-( .. meskipun ada kebenaran walaupun sebesar zarah.. jangan lah kita mengaibkan orang lain... )


Dan Banyak Contoh lagi

(CLICK KAT SINI)




Kenapa MASYARAKAT TIDAK BOLEH terima ini Yang ini

LELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN
DAN PEREMPUAN MENYERUPAI LELAKI (TOMBOY--GOLONGAN NI TAK PLAK MASYARAKAT KECOH) YE TAK????

Kalau yang ini KAMU tidak percaya maka tidak lengkap lah RUKUN IMAN yang kamu yakini
Rukun Iman bagi orang Islam ada 6 perkara iaitu :- *bg agama lain maaf lah tak sampai ke situ ilmu saya...
  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada malaikat
  3. Percaya kepada kitab
  4. Percaya kepada nabi dan rasul
  5. Percaya kepada hari akhirat
  6. Percaya kepada qada dan qadar

Kenapa, Mengapa Mesti kami menjadi sasaran masyarakat sehingga ada mengatakan kami ni sampah masyarakat....kalo kami ni sampah.. kenapa suami-suami awk tu, anak2 awak tu, pg gak usha kami.. Mungkin kami ni jenis sampah2 yang dah jadi abstract kot.. yg dh di jual ala2 jadi kraftangan.. tak pun yg jadi limited edition..ahaks.. bangga mak nok jadi sampah zaman sekarang...SAH-SAH SAMPAH2 YANG BERBENTUK ABSTRACT KAN... CANTEK LE TU.. Adil tak kalau kamu-kamu yang budget bagus tu sendiri berada di pihak kami diperlakukan sebegini ???

Konon negara Malaysia ni negara Islam.. terlampau Islam kah negara kita sehingga perkara ini tidak dilihat secara serius.. Ada yang melihat dan cuba mendapatkan hak kami namun BIROKRASI NEGARA KITA dah tahap zaman batu.. sebab tu MALAYSIA KETINGGALAN DGN SINGPORE 20 TAHUN SEDANGKAN bersebelahan jer.... kalau dah tahu golongan kami ni wujud di Malaysia.. beri peluang kami berada dikelompok masyarakat tidak kira dari segi pekerjaan, kehidupan seharian mahupun hak-hak asasi kami sama seperti yang lain. Supaya tak adelah Wujud-wujudnya Nyah-Nyah Lorong....

****Layan Lagu ni jap.. tidak ku minta lahir ke dunia.. eeeehhh lagu ni untuk org OKU.. Azza tak OKU.. Azza cukup sempurna Dijadikan OlehNya.. terima kasih Ya Allah jadikan aku insan setabah ini...

TAPI .. KENAPA?????

Hak kami sering diperlekehkan...

APA HAK NYAH??? (TGH BUAT LINK...TGU YER..)

KENAPA MALANG SGT NASIB KO NI NYAH.. HUHUHUHUHU


Azza malang ke? TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK














1 comment:

Anonymous said...

nice blog!!neway i suka kwn ngn nyah!!go go PLU!!1 =)